@livewireStyles

At-Takwir

سُورَةُ التَّكۡوِيرِ

Meccan
29 verses
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Verse 1
Abdullah Muhammad Basmeih: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Saheeh International: When the sun is wrapped up [in darkness]
وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتْ
Verse 2
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Saheeh International: And when the stars fall, dispersing,
وَإِذَا ٱلْجِبَالُ سُيِّرَتْ
Verse 3
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Saheeh International: And when the mountains are removed
وَإِذَا ٱلْعِشَارُ عُطِّلَتْ
Verse 4
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Saheeh International: And when full-term she-camels are neglected
وَإِذَا ٱلْوُحُوشُ حُشِرَتْ
Verse 5
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Saheeh International: And when the wild beasts are gathered
وَإِذَا ٱلْبِحَارُ سُجِّرَتْ
Verse 6
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Saheeh International: And when the seas are filled with flame
وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتْ
Verse 7
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
Saheeh International: And when the souls are paired
وَإِذَا ٱلْمَوْءُۥدَةُ سُئِلَتْ
Verse 8
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
Saheeh International: And when the girl [who was] buried alive is asked
بِأَىِّ ذَنۢبٍۢ قُتِلَتْ
Verse 9
Abdullah Muhammad Basmeih: Dengan dosa apakah ia dibunuh?
Saheeh International: For what sin she was killed
وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتْ
Verse 10
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
Saheeh International: And when the pages are made public
وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتْ
Verse 11
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Saheeh International: And when the sky is stripped away
وَإِذَا ٱلْجَحِيمُ سُعِّرَتْ
Verse 12
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
Saheeh International: And when Hellfire is set ablaze
وَإِذَا ٱلْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ
Verse 13
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan apabila Syurga didekatkan;
Saheeh International: And when Paradise is brought near,
عَلِمَتْ نَفْسٌۭ مَّآ أَحْضَرَتْ
Verse 14
Abdullah Muhammad Basmeih: (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
Saheeh International: A soul will [then] know what it has brought [with it].
فَلَآ أُقْسِمُ بِٱلْخُنَّسِ
Verse 15
Abdullah Muhammad Basmeih: Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
Saheeh International: So I swear by the retreating stars -
ٱلْجَوَارِ ٱلْكُنَّسِ
Verse 16
Abdullah Muhammad Basmeih: Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
Saheeh International: Those that run [their courses] and disappear -
وَٱلَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ
Verse 17
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan malam, apabila ia hampir habis,
Saheeh International: And by the night as it closes in
وَٱلصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ
Verse 18
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan siang, apabila ia mulai terang;
Saheeh International: And by the dawn when it breathes
إِنَّهُۥ لَقَوْلُ رَسُولٍۢ كَرِيمٍۢ
Verse 19
Abdullah Muhammad Basmeih: Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
Saheeh International: [That] indeed, the Qur'an is a word [conveyed by] a noble messenger
ذِى قُوَّةٍ عِندَ ذِى ٱلْعَرْشِ مَكِينٍۢ
Verse 20
Abdullah Muhammad Basmeih: Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
Saheeh International: [Who is] possessed of power and with the Owner of the Throne, secure [in position],
مُّطَاعٍۢ ثَمَّ أَمِينٍۢ
Verse 21
Abdullah Muhammad Basmeih: Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
Saheeh International: Obeyed there [in the heavens] and trustworthy.
وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجْنُونٍۢ
Verse 22
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah ia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
Saheeh International: And your companion is not [at all] mad.
وَلَقَدْ رَءَاهُ بِٱلْأُفُقِ ٱلْمُبِينِ
Verse 23
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
Saheeh International: And he has already seen Gabriel in the clear horizon.
وَمَا هُوَ عَلَى ٱلْغَيْبِ بِضَنِينٍۢ
Verse 24
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
Saheeh International: And Muhammad is not a withholder of [knowledge of] the unseen.
وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَٰنٍۢ رَّجِيمٍۢ
Verse 25
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
Saheeh International: And the Qur'an is not the word of a devil, expelled [from the heavens].
فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ
Verse 26
Abdullah Muhammad Basmeih: (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
Saheeh International: So where are you going?
إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌۭ لِّلْعَٰلَمِينَ
Verse 27
Abdullah Muhammad Basmeih: Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
Saheeh International: It is not except a reminder to the worlds
لِمَن شَآءَ مِنكُمْ أَن يَسْتَقِيمَ
Verse 28
Abdullah Muhammad Basmeih: Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
Saheeh International: For whoever wills among you to take a right course.
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Verse 29
Abdullah Muhammad Basmeih: Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
Saheeh International: And you do not will except that Allah wills - Lord of the worlds.
@livewireScripts